SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT NAWI, MUAR

Translate

Isnin, 24 Februari 2014

MAKLUMAT STAFF

MAKLUMAT STAFF



MAKLUMAT GURU



MAKLUMAT GURU




ORGANISASI



CARTA ORGANISASI

SEJARAH SKPN

SEJARAH SKPN

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT NAWI ini telah dibina oleh Tuan E.C.Hick iaitu Pegawai Pentadbir Tentera British Muar pada 03 Januari 1945. Bangunan sekolah telah dibuat oleh orang kampung secara gotong royong dari sebuah bangunan yang dibeli dengan harga $400 melalui wang derma orang ramai. Bangunan terdiri daripada kayu tiang segi-beratapkan atap rumbia serta berlantaikan batang pinang, berdindingkan papan dan kulit kayu. Mengambil sempena nama Tokoh yang membuka kampong ini yang bernama Hj Nawi . Beliau berasal dari Tanah Jawa. Pada mula dibuka bilangan muridnya adalah seramai 100 orang dengan diajar oleh 2 orang guru kerajaan. Pada tahun 1959, sekolah ini telah mendapat bangunan tambahan yang baru iaitu mengandungi 5 bilik darjah. Keadaan bangunan yang baru berlantaikan simen beratapkan ardek. Pada mula 1980, sekolah ini telah mendapat bangunan baru iaitu satu blok bangunan 2 tingkat yang mengandungi 6 bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, bilik guru, pejabat, tandas guru dan murid lelaki serta perempuan. Keadaan bangunan yang ada masih kekal dan hanya diberi peruntukan baikpulih sahaja disamping sekolah telah mempunyai gelanggang bola tampar, takraw dan badminton. Kebanyakan murid berasal dari kawasan sekitar kira-kira 10 buah kampong yang terdiri daripada anak-anak petani dan bekerja sendiri. Bermula tahun 2001 perubahan prasarana berubah mendadak dengan projek mega oleh Kerajaan. Semua bangunan lama diruntuhkan dan digantikan 2 buah bangunan 4 tingkat dan sebuah makmal komputer. Pada tahun 2003 bermulalah persekolahan yang boleh dianggap sebagai sekolah yang setaraf dengan sekolah-sekolah di Bandar. Kini 2 buah kelas Pra Sekolah telah pun berjalan. Bilangan murid turut bertambah dan jumlahnya ialah 249 orang dan jumlah guru 15 orang serta 4 orang staf sokongan. Manakala Bahagian Pembersihan dan Kawalan telah diswastakan sepenuhnya.

MISI DAN VISI

MISI DAN VISI SEKOLAH

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Ahad, 23 Februari 2014

SEKAPUR SIREH


SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR

(TN HJ ABD SAMAD BIN ABU)

Assalamualaikum Wrbkth.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari blog sekolah ini.

Semoga blog ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan blog ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

Wassalam.